Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
|
Sejarah Ringkas Sabah
Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton
Rakan Web\Blog 1 Sabah
"Jika seorang perempuan marah maka sesuatu akan dapat dibetulkan.Jika seorang lelaki marah maka akan memburukkan keadaan serta mengundang bahana"
Kepada Pengunjung Blog
Saidi Bin Liasan @ Gunting. Dikuasakan oleh Blogger.
Jumaat, 21 Disember 2012
Tun Hussein Onn
Tun Dr.Mahathir
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925[1]). Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[2]. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'[3].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil[4] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir[5] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak[6].
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[7] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire)[8].
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya[9]) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[10]. Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Khamis, 20 Disember 2012
Pengertian Politik
Politik adalah interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu.
Definisi Politik Menurut Para Ahli - Dari pendapat di atas dapat disimpulkan bahwa politik merupakan salah satu sarana interaksi atau komunikasi antara pemerintah dengan masyarakat sehingga apapun program yang akan dilaksanakan oleh pemerintah sesuai dengan keinginan-keinginan masyarakat dimana tujuan yang dicita-citakan dapat dicapai dengan baik.
Langgan:
Catatan (Atom)
Perdana menteri
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
1957–1970
(13 Tahun)
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
1970–1976
(6 Tahun)
Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
1976–1981
(5 Tahun)
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
1981–2003
(22 Tahun)
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan[1][2]
2003–2009
(6 Tahun)
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi[3]2009–kini
Bapa Kemerdekaan
1957–1970
(13 Tahun)
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
1970–1976
(6 Tahun)
Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
1976–1981
(5 Tahun)
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
1981–2003
(22 Tahun)
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan[1][2]
2003–2009
(6 Tahun)
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi[3]2009–kini